Objektif Khusus Kurikulum
1. Pada akhir Januari 2009, semua panitia telah menyediakan pelan tindakan untuk program peningkatan prestasi masing-masing
2. Pada akhir Mac 2009, setiap guru matapelajaran telah didedahkan dengan teknik menjawab dan menyemak kertas soalan masing-masing
3. Semua sukatan pelajaran kelas peperiksaan dihabiskan sebelum bulan Ogos 2009
4. Pada akhir bulan Septembeer 2009, murid-murid tingkatan 3 dan 5 telah menghadiri 2 sesi motivasi
5. Sekurang-kurangnya 50% waris hadir dalam mesyuarat agong PIBG sekolah
6. Pada akhir September, sekolah dapat melahirkan tidak kurang daripada 95% murid yang telah membuat pinjaman buku di perpustakaan
7. Pada akhir September, sekolah dapat mengenalpasti wakil murid untuk pertandingan Program Nilam peringkat negeri Pulau Pinang
8. Pada akhir Julai, 80% murid mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dalam kelas PPSMI
9. Pada setiap kali Ujian Prestasi dan Peperiksaan lebih 80% murid lulus dalam matapelajaran sains dan matematik
10. Pada akhir September, 100% murid dapat menguasai 3M, 90% murid dapat memahami bahan yang dibaca, 90% dapat mengaplikasikan semula kefahaman mereka dalam pemahaman dan penulisan
11. Pada akhir bulan Ogos semua pelajar lebih teransang bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lebih kerap dan berani serta seronok.
12. Pada akhir penggal 1, bahan bantuan belajar serta modul PnP bagi semua matapelajaran tellah disediakan dan diurus dengan baik
13. Pada akhir penggal Dua, semua soalan-soalan ujian dan peperiksaan dikumpulkan dan disimpan
14. Pada akhir bulan Ogos, daya profesionalisme Guru berada pada tahap tinggi dalam melaksanakan program kurikulum sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem Pendidikan Kebangsaan.
15. Pada akhir tahun semua murid tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4 mendapat prestasi gred purata 2.2 dalam peperiksaan akhir tahun
0 comments:
Post a Comment